Baru-baru ini, pelakon Faezah Elai dan suaminya, Heykah Hanafiah telah diundang sebagai tetamu jemputan program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 untuk membincangkan topik ‘Bergantung Pada Pasangan Atau Berdiri Kaki Sendiri?’ bersama penonton.

Berkongsi pendapat secara virtual, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai berkata sebagai seorang wanita sebolehnya untuk tidak memiliki sikap berdikari setelah bergelar isteri.

Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berpendapat para isteri harus bergantung dengan dengan suami supaya mereka tidak melepaskan tanggungjawab sebagai  seorang suami.

“Pada pendapat saya, seorang wanita itu tidak boleh terlalu bergantung kepada suami. Macam saya sendiri, saya berkahwin di usia yang agak muda jadi banyak benda yang saya buat sendiri dalam erti kata lain saya berdikari,

“Tapi bila saya berkahwin, jikalau saya masih lagi mahu menjadi seorang yang berdikari jadi apa guna ada suami?

“Situasi macam itu sebenarnya kita memberi ruang kepada suami untuk tidak menjalankan tanggungjawab dia. Contoh, kadang-kadang ada perkara yang sebenarnya saya boleh buat, tapi saya selalu cakap tak tahu,” katanya.

Sekadar informasi, Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Manakala Heykal turut memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Foto: Instagram Faezah Elai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here