Sejurus selesai membuat persembahan minggu pertama di pentas program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), penyanyi Adibah Noor telah meluahkan perasaan menerusi satu hantaran di laman media sosial Twitter miliknya. 

Penyanyi berusia 51 tahun ini mengakui berasa sangat gementar ketika membuat persembahanan di atas pentas yang bersiaran langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada Ahad malam. 

 

Menurut Adibah, timbulnya perasaan gementar itu telah memberi gangguan terhadap pernafasan serta penyampaian dirinya ketika menyanyikan lagu berjudul Terlalu Istimewa kepada penonton.

Lalu, pemenang kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-21 (AJL21) ini telah memohon maaf kepada semua sekiranya terdapat kekurangan pada persembahannya itu. 

Pada masa sama, Adibah atau nama lengkapnya Adibah Noor Mohamed Omar memberitahu akan berusaha untuk memberikan yang terbaik terhadap persembahannya pada minggu hadapan. 

“Dear fans, I was ok before my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban. 

“Lama dah tak rasa perasaan tu. So ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya.

“So sorry I will try to do better next week. Thank you for your love and kindness.,” tulisnya. 

Foto: Instagram Adibah Noor 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here