Sudah menjadi lumrah kehidupan selebriti apabila setiap perkongsian di laman media sosial menjadi perhatian warganet.

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish sekali lagi telah menjadi perhatian netizen apabila ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif kelihatan telah mengenakan baju rona hitam yang terdedah di bahagian bahunya.

Meski ada yang memberi pujian terhadap kecantikan dan kejelitan pelakon berusia 39 tahun itu, ada juga segelintir netizen yang memberi kritikan terhadap pemakaiannya di laman media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

 “seksinya org yg dah khatam quran aritu,” tulis seorang warganet.

“Jagalah aurat mu, hanya boleh dipertontonkan hanya untuk suami mu,” titip nasihat seorang netizen yang lain.

“Tak ckup kain k,malu la cikit,” pesan lagi seorang warganet.

“Tak pernah tak gorges tau!!,” puji seorang peminat di ruangan komen

Terdahulu, Nora telah mendapat perhatian ramai apabila berjaya khatam Al-Quran sepanjang 10 malam terakhir bulan Ramadan tahun lalu.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Mak Cun ini turut melakukan perkara yang sama pada bulan  Ramadan yang lalu.

Foto: Instagram Nora Danish

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here