Baru-baru ini, nama usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida (DSV) menjadi perhatian ramai berhubung reaksinya terhadap sikap sesetengah pihak yang didakwa malas serta mengharapkan bantuan daripada orang tanpa usaha semata-mata.

Selain mendapat komen negatif daripada wargamaya, terdapat seorang individu yang memberikan pendapat terhadap tindakan usahawan berusia 49 tahun itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akuan pemilik bernama @geethaji1, di aplikasi TikTok.

Individu terbabit berpendapat usahawan kelahiran dari Kelantan itu tidak sewajarnya untuk melontarkan komen sedemikian, tambahan pula orang ramai kini semakin tertekan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda.

“Geli tau, kalau Datuk nak beri nasihat untuk suruh orang usaha memang tak salah tapi tengok situasi lah Datuk. Kalau tengah bagi ucapan ke, kem motivasi ke suruh usaha itu tak apa,

“Orang sekarang dah terdesak Datuk, tengok cara Datuk cakap macam mana, sangat sarkastik. Saya kalau memang orang tunjuk tangan macam tu sentap Datuk,

“Datuk bayangkan video Datuk ni, katakan ada satu keluarga ni tengah ada masalah lepas tu laki dia pula tengah duduk garu kepala fikir macam mana nak usaha cari rezeki. Sebab yang minta tu susu anak, saya rasa Datuk kalau bab anak boleh faham kot macam mana perasaan orang,

“Bayangkan laki dia tengah usaha cari rezeki tiba-tiba bini dia pula nampak video Datuk sebut begitu, tak usaha lepas tu dia hantar pula dekat laki dia. Apa perasaan laki dia? Jangan kerana fasal Datuk bertambah lagi kes bunuh diri,

“Lepas tu saya tengok pula video Datuk balas, saya ingatkan lepas orang komen macam-macam Datuk rasa tersilap cakap ke, nak minta maaf ke tapi tidak. Balas lagi kata salah ke saya cakap macam tu?

“Datuk, kalau minta bantuan tu salah habis yang Ustaz Ebit Lew sibuk bagi bantuan beribu-ribu sampai cari merata-rata tempat tu salah juga lah ya?

“Macam ni lah, Datuk tak nak bagi bantuan tak apa tapi tak payah nak komen apa-apa. Biarlah orang nak susah ke, apa ke lantak lah. Datuk dah senang, barang kemas punya lah besar-besar gila tu, Datuk enjoy your life, be happy with your children,

“Tiada masalah, biarkan dan tak payah komen apa-apa nak suruh orang usaha ke apa. Datuk lupa kot selama ni Datuk senang siapa yang sokong Datuk? Netizen juga kan? Tak salah pun nak minta bantuan,” katanya.

Sumber: TikTok Geethaji1, Carian Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here