Baru-baru ini, isu mengenai soal rentas negeri di kalangan selebriti telah menjadi perbualan hangat di kalangan warganet apabila ada segelintir selebriti tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann ada menyuarakan pendapat mengenai perkara tersebut ketika ditemui oleh MH pada majlis iftar Warner Music Malaysia di Kampung Resort Café, Sunway Resort Hotel, Selangor, pada Isnin.

Penyanyi berusia 25 tahun ini menasihati agar orang ramai untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, tidak kira bergelar selebriti ataupun tidak.

Dalam pada itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil berpendapat gelaran selebriti yang dimiliki bukan satu peluang atau tiket untuk selebriti melanggar undang-undang.

“Pada pendapat saya sebagai seorang selebriti kita kena sentiasa mencuba untuk mematuhi peraturan atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Selebriti pun sama sahaja macam manusia-manusia yang lain,

“Sebagai seorang manusia kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan itu bukanlah satu lesen untuk kita melakukan kesalahan itu banyak kali,

“Jadi tidak kira selebriti atau tidak, semua orang mesti dan patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan demi keselamatan orang ramai,” katanya.

Foto: Instagram Sissy Imann

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here