Pelakon, Elfira Loy ada memaklumkan perkembangan terkini perihal anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf terpaksa dimasukkan ke wad hospital akibat jangkitan kuman di bahagian paru-paru, hari ini. 

Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Elfira menerusi satu hantaran terkini di akaun media sosial Instagram miliknya. 

Pada masa sama, bintang berusia 27 tahun ini turut memuat naik satu rakaman video ketika Rayyan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. 

“Back at the hospital again. we have to repeat rtk everytime nak masuk hospital , then only dapat jumpa the Dr dekat emergency ward. So kalini rayyan kena warded. 

“RTK test tu mommy sanggup record satu saat je , shiaaaaan tengon dia , tapi kelakarlah rayyan ni lepas habis je dia terus larikan diri dari nurse tu nak balik pegi kat car.  siap bawak hanger ok kalini ( rotan ),” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Difahamkan, Rayyan sebelum ini sudah mendapatkan rawatan awal di hospital setelah disahkan mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru, beberapa hari yang lalu. 

Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Elfira juga kini sedang menghitung hari bagi menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya.

Foto: Instagram Elfira Loy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here