Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang suami dikenali sebagai Hanafi bertindak curang terhadap isterinya bersama dengan seorang wanita lain.

Bukan itu sahaja, Hanafi turut kelihatan telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya yang kenali sebagai Najihah dihadapan wanita terbabit.

Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai sehingga menjadi perbualan hangat di laman media sosial.

Terkini, beberapa keping foto perkahwinan Hanafi bersama bekas isterinya telah tular di laman media sosial Facebook.

Difahamkan, foto majlis perkahwinan tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun milik sebuah perancang perkahwinan sekitar tahun 2018.

Sumber: Facebook Mas Choteq Bridal JB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here