Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan bekas penyampai radio dan personaliti TV, Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil.

Menerusi akaun rasmi Instagram radio Hot FM, Fara Fauzana atau lebih mesra dengan panggilan Fafau bakal kembali bergelar sebagai penyampai radio stesen radio berkenaan secara rasmi bermula hari ini.

Selain itu, Fafau turut bakal digandingkan dengan rakan penyampai Fad Bocey dan AG yang sebelum ini merupakan penyampai radio stesen Kool FM.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan gembira apabila mengetahu Fafau bakal kembali berkeudara di stesen radio Hot FM.

Sekadar informasi, Fafau sebelum ini pernah menjadi penyampai radio di Hot FM bermula pada tahun 2006 sehingga 2016.

Bagaimanapun, Fafau telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi penyampai radio kerana mahu berehat seketika daripada dunia penyiaran setelah 10 tahun bersama stesen radio berkenaan.

Foto: Instagram Fara Fauzana, Hot FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here