Setelah wajah penyanyi antarabangsa, Yuna dipaparkan di papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat pada Mei lalu kini giliran penyanyi baharu Layla Sania pula berada di papan iklan digital yang sama pada 20 Julai 2021 (waktu New York, Amerika Syarikat).

Kemunculan wajah Layla di papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen EQUAL oleh Spotify.

Difahamkan, EQUAL merupakan program global yang dibawakan khas oleh Spotify dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan artis wanita di seluruh dunia dan Layla Sania merupakan wakil daripada senarai main EQUAL Malaysia & Singapura.

Dalam pada itu, Layla atau nama lengkapnya Layla Sania Khairuzikri meluahkan rasa teruja dan terharu apabila berjaya mengembangkan populariti dirinya sebagai seorang penyanyi di peringkat antarabangsa.

“Layla benar-benar bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada EQUAL oleh Spotify. Ini sangat bermakna bagi Layla sebagai penyanyi.

“Layla tidak pernah membayangkan melihat diri Layla di papan iklan digital di Times Square, New York City sama seperti Yuna dan barisan artis wanita antarabangsa yang lain,”.

“Layla amat berterima kasih kepada Spotify kerana telah memilih Layla menjadi wakil pemuzik Malaysia dalam kempen EQUAL ini.

“Layla amat terharu dan Layla harap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita di luar sana. Kita mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan tidak kira di mana sahaja kita berada,” katanya.

Foto: Instagram Layla Sania

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here