Bagi anda yang pernah mendengar lagu Tak Tercapai Akalmu sudah pasti mengenali dengan penyanyi yang bernama Erneelya Elyana Ermizal atau lebih dikenali sebagai Elyana.

Semenjak kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, Elyana kini dilihat semakin gemar berkongsi foto dirinya mengenakan hijab.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini kelihatan sangat tampak ayu dan manis apabila mengenakan hijab.

Dalam pada itu, rata-rata peminat memberi pujian terhadap penampilan Elyana dan mendoakan agar bintang itu terus kekal istiqamah untuk mengenakan hijab.

Sekadar informasi, Elyana pernah memaklumkan sudah menghidap penyakit kanser limfoma ini hampir 10 tahun dan kini berada di tahap kritikal.

Foto: Instagram Elyana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here