Baru-baru ini, nama pelakon Datin Paduka Eina Azman telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas didakwa telah memotong giliran pengambilan vaksin Covid-19 serta melanggar prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 25 Mei sehingga 7 Jun ini.

Bukan itu sahaja, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman turut menerima komen negatif daripada warganet sehingga tular di laman media sosial.

Dalam pada itu, pelakon Redza Minhat menerusi laman media sosial Twitter miliknya memberitahu bahawa dia tidak mengenali dengan pelakon wanita berusia 26 tahun itu.

“who’s eina azman?,” tulisnya ringkas.

Lantas, perkongsian bintang filem Pisau Cukur ini mendapat perhatian netizen di samping memberitahu bahawa Eina merupakan seorang pelakon tanah air.

Bagaimanapun, Redza, 40 ada memohon maaf kerana tidak mengenali dengan pelakon drama bersiri The Maid itu.

Sekadar informasi, Eina telah memohon maaf secara terbuka sekiranya perkongsiannya di media sosial telah menyinggung sensitiviti dan rasa kurang senang sesetengah pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Foto: Instgram Eina Azman, Redza Minhat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here