Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai isu usahawan kosmetik, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang didakwa telah menerima teguran daripada seorang pendakwah terkenal.

Pendakwah tersebut didakwa telah memberikan teguran berhubung perniagaan yang diusahakan oleh Kak KM tidak berkat dan mengundang kemungkaran daripada Yang Maha Esa.

Lalu, pelakon Normah Damanhuri yang merupakan ibu kepada Kak KM ada meluahkan perasaannya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Sebagai seorang ibu, Normah sentiasa mendoakan agar anaknya memperolehi keberkatan dan dilindungi selalu oleh Allah SWT.

“Sudah hampir siap segala usha mu anak ku Insya Allah @sweetdara_masterstokis_kl Semoga anak2 ku sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt

“dan semoga mereka mendapat keberkatan Allah swt di Dunia dan Akhirat..Ya Allah Ya Tuhan ku perkenankan lah segala doa ku ini demi anak2 ku Ya Allah LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ‘ALI YIL ‘Azim ALLAHHUAKBAR,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat buat Normah agar sentiasa kuat dan tabah menempuhi ujian hidup.

“Alhamdulilah… Semoga ALLAH sentiasa permudahkan sgala urusan… Aamiin YRA,” tulis peminat.

“Aamin3 semoga Allah permudahkan segalanya sis,” titip lagi seorang peminat.

“Alhamdulillah…Amin,” luah warganet.

Foto: Instagram Normah Damanhuri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here