Personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan situasi kawalan pergerakan di bandar Melbourne, Australia di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, situasi kawalan pergerakan di Melbourne kelihatan sepi dan tenang daripada kesibukan kota dalam membendung penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, hos rancangan Malaysia Hari Ini berharap agar rakyat Malaysia untuk mencontohi cara kawalan pergerakan di Melbourne.

“Semoga tenang-tenang saja dalam menghadapi #pkp kali ini… Mana yang baik, kita contohi,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dapat membendung kembali penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Sekadar informasi, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bermula pada 1 Jun sehingga 14 Jun ini.

Foto: Instagram Fedtri Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here