Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan aktres jelita Farah Nabilah yang dikenali ramai menerusi drama rantaian Titian Cinta yang bersiaran di slot Akasia, TV3, sekitar tahun 2017.

Kebelakangan ini, Farah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin kelihatan sudah mengenakan hijab di setiap perkongsian terkini di laman media sosial Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, penampilan pelakon berusia 29 tahun ini kelihatan semakin ayu dan sopan mengenakan hijab.

Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini telah mendapat perhatian daripada rakan selebriti dan peminat.

Pada masa sama, rata-rata wargamaya memberian pujian dan mendoakan Farah agar terus kekal istiqamah untuk mengenakan hijab.

“semoga terus istiqomah…cantik sgt..,” titip seorang peminat di ruangan komen

“MashaAllah cntiknye ciptaan Allah,” puji seorang wargamaya.

“Masyaallah, cantiknya,” tulis lagi seorang warganet

“Mkin syg kt sis slpas brtdung,” tulis peminat.

Foto: Instagram Farah Nabilah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here