Bersempena dengan ulang tahun ke-25, kumpulan Elite yang dianggotai oleh Abby Abadi, Azza, Watie, Sasha dan Linda Rafar kini kembali dengan lagu single terbaru yang berjudul Alhamdulillah.

Jelas Elite, lagu Alhamdulillah ini dihasilkan bagi mengubati kerinduan peminat yang merindui melihat kumpulan ini kembali bersama.

Menerusi satu sidang media yang diadakan di SkyPark, Cyberjaya, Linda meluahkan rasa teruja apabila kumpulan Elite kini kembali lengkap dengan kehadiran Abby dalam single terbaru ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan ini.

“Pada mulanya, saya berasa sangat teruja apabila Datuk Norman memberitahu saya ingin mengeluarkan lagu single terbaru untuk kumpulan Elite. Selepas itu saya terus berhubung dengan kumpulan Elite

“Alhamdulillah, kali ini semua tak banyak kerenah dan semua pun rasa sangat teruja untuk projek ni. Akhirnya kali ini kita semua berjaya untuk mendapat Abby dan Watie, kini Elite kembali lengkap.

“Jadi saya memainkan peranan dan berusaha keras untuk mendapatkan semua anggota Elite untuk lagu single terbaru ini,” kongsi Linda.

Dalam pada itu, Abby meluahkan rasa gembira apabila diberikan peluang untuk kembali bersama yang sudah tidak bersama dengan Elite hampir 20 tahun

“Saya sebenarnya berterima kasih kepada semua kerana telah diberikan peluang untuk kembali bersama-sama rakan saya. Saya gembira sebab hubungan ini kembali terjalin bersama setelah 25 tahun,

“Saya sangat bersyukur dan rugi rasanya kalau saya tak ambil peluang yang diberikan oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan rakan saya,” katanya.

Lagu yang berunsur ketuhanan dan keinsafan ini adalah keluaran label Islamik Iman Music di bawah naugan KRU Music ini bakal dilancarkan pada 19 April hadapan di kesemua platform digital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here