Gandingan penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib menerusi lagu single terbaru mereka yang berjudul Semakin Benci Semakin Cinta telah mendapat sambutan baik daripada peminat.

Meski ada yang memberikan komen positif, ada juga yang telah memberikan komen yang kurang enak terhadap lagu single tersebut.

Menerusi entri di akaun Instagram, penyanyi Siti Sarah memberitahu telah menerima satu komen daripada seorang individu yang membandingkan nyanyiannya dengan penyanyi Nabila Razali.

Jelas penyanyi berusia 36 tahun ini, setiap penyanyi memiliki bakat serta kelebihan masing-masing dan tidak seharusnya dibandingkan antara satu sama lain.

“Maaf dik … Tpi sarah rasa, tak patut la nak bandingkan sarah dgn mana2 penyanyi pun. Bagi sarah, Nabila Razali ke, Mariah Carey ke, Anita Mui ke, Lata Mangeskhar ke.

“smua ada kelebihan masing2. Sarah sndiri sebenarnya sgt respect dgn @nabila.razali dia seorg bakat baru, suka berusaha, x mudah putus asa & pndai cari pluang dlm bidang muzik. Dia pun baik & respek dgn sarah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan vokal nyanyiannya demi ingin memberikan yang terbaik kepada peminat meski sudah hampir 20 tahun bergelar sebagai seorang penyanyi.

“Sebagai penyanyi yg dah dekat 20 tahun ni, sarah sentiasa nak perbaiki kelemahan vocal .. cuma tu lah, tak tahu pulak ada kelas buat suara jadi moden suara moden tu apa sebenarnya? Maaf la sarah betul2 tak tahu, tak tahu,

“Mgkin adik boleh komen byak lgi atau lebih jelas scara detail, psni boleh sarah pbaiki dan cari cikgu vocal yang boleh ajar suara jadi moden Sarah tbuka dgn smua komen sbb sarah sndiri nak maju kan diri sarah,

“untuk pengetahuan adik yg dikasihi, sjujurnya lagu ni tlalu deep utk sarah & @shuibsepahtu. tak mungkin sarah nyanyi lagu ni ngn org lain atau shuib nyanyi ngn org lain,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram Siti Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here