Untuk mengalas serta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Lufya Omar.

Meski tiada suami disisi, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar menyifatkan kaum wanita yang bergelar ibu tunggal sebagai seorang wanita yang hebat.

Dalam pada itu, bersempena dengan sambutan hari bapa sedunia, Lufya turut menitipkan kata semangat buat para wanita yang bergelar ibu tunggal untuk terus kuat dan tabah selalu.

“Happy Father’s day to all single momies out there! U are wonder women ?? & awesome!!
Semua kita pikul sendiri? Alaaa takde hal la..

“Dunia akhirat kita senang amin. Ingat tau pikul je dengan ikhlas untuk anak-anak. Allah pasti limpahkan rezeki kat kita.. angkat sikit.. sending u a lots of,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lana Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah pun bercerai pada 17 Jun tahun lalu.

Foto: Instagram Lufya Omar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here