Pelakon, Izreen Azminda yang kini sedang meniti hari menanti saat untuk menimang cahaya mata ketiganya yang dijangka bakal dilahirkan pada bulan ini.

Meski berhadapan dengan pelbagai ujian kehidupan yang penuh pancaroba, Izreen yang telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-36 mendoakan agar segala urusan bersalinnya dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Pada masa sama, Izreen turut mendoakan buat semua para ibu yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan.

“Syukur alhamdulillah.. 36 tahun Allah izinkan kami hidup di dunia pinjamanNya ini.. kehidupan yg penuh pancaroba.. penuh ujian dan penuh dgn nikmatNya..

“tiada apa lagi yg diharapkan.. cuma yg baik2 shj hendaknya… kurang dari sebulan lagi.. seorg lagi khalifah Allah bakal dilahirkan.. semoga dipermudahkan utk kami dan ibu2 diluar sana.. aminnnnnn.. Happy Birthday To Me,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Foto: Instagram Izreen Azminda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here