Tidak dinafikan, pengunaan akaun media sosial masa kini adalah sangat penting untuk mengeratkan serta merapatkan hubungan antara satu sama lain tidak kira yang jauh mahupun yang dekat.

Namun, ada juga segelintir warganet yang menyalahgunakan akaun media sosial dengan menjadikan sebagai platform untuk menghentam dan memberi komen negatif kepada orang lain, terutama kepada golongan selebriti tanah air.

Pelakon, Eyra Hazali misalnya mengakui tidak lagi mengunakan akaun media sosial di Facebook gara-gara perkara tersebut.

Jelasnya, penguna akaun di laman media sosial tersebut kebanyakan tidak berfikiran terbuka dan sering memberi tanggapan negatif terhadap orang lain.

“Sebab tu la i tinggalkan facebook,kat sana certain people ni tak open minded langsung and tak pernah nk doa baik2.

“Orang post baru kahwin pun asyik ckp “awal lagi. Tggu la 20 tahun lg” “jangan seronok sgt nnt kena tinggal”. Marah tak orang ckp mcm tu dekat makcik?,” tulisnya menerusi satu entri di laman Twitter miliknya.

 

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi cerita tentang komen negatif yang pernah diterimanya terhadap perkahwinan serta kehamilannya sebelum ini.

“Masa i nak beranak haritu pun,idk la siapa bawa my story ke facebook pun orang2 sana ckp about my pregnancy.

“Baru first baby,patut la seronok lain macam” “first baby lagi dik,takyah beriya sangat”. Kenapa nak takut2 orang and kenapa susah nk tgk orang happy?,” tulisnya lagi.

Imbas kembali, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Haziq Nadzli pada 1 November 2019, ketika berusia 21 tahun.

Hasil perkongsian hidup, Eyra dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish, 11 bulan.

Foto: Instagram Eyra Hazali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here