Penyampai radio, Feeya Iskandar ada berkongsi cerita sewaktu dirinya berada di bangku sekolah suatu ketika dahulu bersama para pendengar setia stesen radio Suria FM.

Menerusi segment Gaya Suria yang dikendalikan oleh Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, memberitahu dia telah menyertai badan uniform Pandu Puteri untuk aktiviti kokurikulum di sekolahnya, sebelum ini

Dalam pada itu, Feeya atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah turut mengimbau kembali kenangan sewaktu menyertai badan beruniform tersebut.

Menurutnya, dia tidak pernah berpeluang untuk memikul tanggungjawab memegang jawatan penting sepanjang penglibatan dalam badan beruniform berkenaan.

“Cik Piah dulu masa sekolah sertai badan beruniform Pandu Puteri tapi tak ada pegang apa-apa jawatan pun,

“Kalau orang lain, semua ada pegang jawatan besar-besar dalam tu tapi Cik Piah tak ada pun, kalau ada pun pegang jawatan biasa sahaja macam AJK tu,

“Sebab saya ni jenis yang tak buat kerja, kalau pegang jawatan dalam tu mahu hancur dibuatnya,” katanya dalam berseloroh.

Sekadar informasi, Feeya telah dilahirkan pada 5 Februari 1989 dan merupakan anak kelahiran dari Pasir Gudang, Johor Bahru.

Foto: Instagram Feeya Iskandar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here