Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid ada memuat naik satu rakaman video yang memaparkan momen mesra bersama suaminya, Raf Yaakob di di akaun media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video berdurasi 23 saat tersebut, kelihatan suaminya secara spontan telah membukakan pintu kereta untuk Mawar sebelum menaikinya.

“Perasaan bila balik wedding ngan hubby.. Jalan ngan husband…
husband bukakan pintu ketee…Malulaaaa,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Melihat di ruangan, rata-rata peminat memuji sikap romantis dan penyayang yang ditonjolkan oleh suaminya.

“Kasih SAYaNG seorg suami tiada tandingannya… syukur dpt suami yg PENYAYANG,” luah peminat.

“Hehe so sweet,” puji seorang peminat yang lain.

“Sayang betul suami dekat mawar,” tulis lagi seorang wargamaya.

“raf ni mmg romantik btul laa..nmpl sgt syg pd mawar,” titip peminat.

Sekadar informasi, Mawar mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada tanggal 9 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang permata hati iaitu Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, setahun.

Foto: Instagram Mawar Rashid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here