Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan sapaan Abil ada berkongsi cerita mengenai persediaan dan persiapan yang dilakukannya sebagai hos rancangan hiburan Melodi.

Setelah 13 minggu mengendalikan rancangan hiburan sensasi tersebut, penampilan Abil sering mendapat perhatian serta pujian daripada para penonton.

Ini kerana, ibu kepada seorang cahaya mata ini sentiasa tampak penuh bergaya setiap kali rancangan berkenaan bersiaran langsung di saluran TV3.

Menerusi entri di akaun Instagram miliknya, Abil mengakui berasa penat untuk melakukan persediaan tersebut dan turur mendedahkan persediaan telah dirancang sebulan lebih awal.

“Pejam celik dah 13 minggu abil hosting for Melodi. Kejap je masa berlalu. One thing yang i suka pasal weekly routine ni,she puas bersiap every week.

“Tapi penat jugak tau sebenarnya sebab masuk hari rabu je, otak dah mula berkerja memikirkan nak buat rambut apa,make up macamana. Untuk baju abil dah plan a month before,” tulisnya.

Jelasnya, perancangan awal itu dilakukan kerana dirinya mahu memberikan tumpuan dan fokus yang lebih kepada karier seni lakonannya.

“Kalau korang nak tahu plan look abil ni dah plan sampai june 2022 tau! Senang tak payah fikir dah sebab once i dah start shooting,i dah tak boleh nak multitasking sebab focus abil akan lebih pada acting,” tulisnya lagi.

Sekadar informasi, Abil telah mula mengendalikan sebagai hos rancangan melodi pada 1 Ogos yang sebelum ini dihoskan oleh Awal Ashaari dan Janna Nick.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Foto: Instagram Nabila Huda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here