Setelah 10 tahun bergelar sebagai penyanyi solo, Alif Satar telah mengorak langkah untuk menumbuhkan kumpulan pemuzik yang dikenali sebagai Alif Satar & The Locos.

Alif yang kini tidak lagi bergerak sebagai penyanyi solo memberitahu penubuhan kumpulan pemuzik ini untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti nyanyiannya kepada penonton.

Dalam pada itu, bintang kelahiran program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) musim pertama ini mengakui sudah berasa bosan untuk bergerak sebagai penyanyi solo.

“Sebelum ini, saya sudah bergelar penyanyi solo selama 10 tahun dan saya sudah mula berasa bosan sebab setiap kali saya buat persembahan menyanyi mengunakan ‘minus one’. Oleh itu saya mula merasakan untuk melibatkan diri dalam kumpulan,

“Dalam erti kata lain, untuk saya tingkatkan lagi mutu dan kualiti persembahan saya kepada penonton. Jadi saya terfikir kalau saya ada kumpulan sendiri dan pada awalnya bermula dengan persembahan akustik sahaja, tak sangka lepas tu sudah lima tahu saya bersama mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Alif Satar & The Locos telah melancarkan sebuah lagu single pertama yang berjudul Anugerah Terindah, pada 23 Julai lalu.

Lalu, hos rancangan Muzik-Muzik 36 ini mengharapkan lagu single pertama ini akan diterima baik serta mendapat sambutan hangat daripada pendengar.

“Saya rasa kolaborasi untuk bersama-sama dengan kumpulan ini adalah yang terbaik dan saya berharap lagu ini dapat memberikan impak yang baik kepada pendengar mahupun penonton muzik video lagu ini,” katanya lagi menerusi satu sesi sidang media yang diadakan secara virtual.

Foto: Instagram Alif Satar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here