Penyanyi, Nourul Depp mengakui ada segelintir peminat yang turut berduka dan bersedih apabila perkahwinannya bersama komposer Ajai berakhir pada tahun 2006.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab, 44 berkata perpisahan tersebut telah memberikan impak yang besar kepada para peminat yang menyukai gandingannya bersama Ajai, sebelum ini.

“Kalau dari segi peminat, berlakunya perpisahan itu memang ada peminat yang sangat berduka. Menangis bersama-sama dengan saya pun ada, yang hantar surat pun ada masa tu zaman surat mana ada ‘Whatsapp’ ni semua,

“Sudah semestinya mereka terkesan, yang saya risaukan masa itu adalah gabungan duet kami itu banyak yang menyatukan hubungan. Bila kami berpisah, saya takut juga ada orang turut berpisah. Tapi sehingga kini saya pasti ramai sangat yang terkesan,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini turut berkongsi nasihat dan tips kepada pasangan yang telah berpisah untuk tidak mengenangkan kisah lalu.

“Tips untuk ‘move on’ kepada netizen atau sesiapa sahaja, kalau kita dah ambil keputusan untuk berpisah tak perlu lagi ingat lagi benda yang dah lepas. Kita harus meneruskan kehidupan dan fikir kehadapan,

“Kalau itu keputusan yang kita telah ambil, tinggalkan dan harus bertanggungjawab atas keputusan kita. Teruskan kehadapan, tak usah lagi ingat dah. Kalau saya macam itu,” katanya lagi.

Sekadar informasi, Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama Ajai pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah, 23.

Selepas itu, Nourul mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Eric Daniel Depp pada 7 Jun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bernama Zachary, 8 dan Raphael, 6.

Sumber: YouTube Media Hiburan

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here