Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Linda Rafar telah menjadi perhatian netizen selepas didakwa ada memberikan komen terhadap perhimpunan baju hitam yang diadakan secara besar-besaran di sekitar ibu kota, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, komen berkenaan telah menerima persepsi negatif daripada netizen lantas Linda menyifatkan perkara tersebut sabagai satu fitnah terhadap dirinya.

Kongsi Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, dia telah menerima kata semangat dan doa daripada pengikut di laman media sosial Instagram miliknya selepas ada segelintir netizen didakwa telah membuat fitnah serta tuduhan mengenai dirinya.

Lalu, kakak kepada penyanyi Diana Rafar ini meluahkan rasa terharu dan penghargaan kepada peminatnya yang sentiasa memberi sokongan kepada dirinya.

“Assalamualaikum…To all my followers Tq so much for ur support and doa.. linda amat hargai nyaa..

“Semua dm n message comment bagi kata2 semangat pada linda amat Di hargai.. Moga allah shj yg dpt membalas 1001 kebaikkan buat anda yg mendoakan linda atas fitnah yg Di lemparkan drp pihak yg tidak bertanggungjawab..,” tulisnya.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini memberitahu dia mahu berehat untuk seketika daripada segala masalah yang sedang dihadapinya itu.

“Buat semua family,saudara Mara,kawan2 yg col or WhatsApp Maaf linda perlukan masa utk berehat seketika.. bg linda ruang utk break drp segala masalah yg Di hadapi ini.. its not that easy but I try,” tulisnya lagi.

Link posting

Terdahulu, Linda telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam untuk membuat satu laporan polis berhubung isu fitnah tersebut, pada Selasa lalu.

Sekadar informasi, perhimpunan baju hitam itu telah dianjurkan oleh Sekretariat Soladiriti Rakyat dipercayai diadakan bagi meluahkan ketidakpuashatian terhadap pihak kerajaan.

Difahamkan, perhimpunan yang disertai kira-kira 400 peserta itu telah berarak dari Stesen Monorail Masjid Jamek ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur seawal jam 11 pagi pada 31 Julai lalu.

Foto: Instagram Linda Rafar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here