Seperti yang diketahui umum, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa sehingga ka hari ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga masih tidak memberi kebenaran kepada orang ramai untuk rentas negeri.

Mengakui berasa sedih dengan perkara ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali ada menitipkan kata nasihat kepada orang ramai untuk tidak bersedih sekiranya tidak berpeluang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Jelas penyanyi lagu Peluang Kedua ini, orang ramai sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi keselamatan orang lain.

“Salam 20 Ramadan, macam mana puasa korang kali ni? Hope semuanya sihat. Pejam celik tak lama lagi kita semua bakal menyambut Syawal. Jangan lupa jaga SOP masa keluar shopping raya nanti ok.

“Bella tahu, tahun ni semua sedih sebab tak dapat balik beraya di kampung, it’s ok if untuk kebaikan bersama. Jangan sedih, stay safe everyone, kita jaga kita! #ToyotaGazooRacingMalaysia #PushingTheLimits #Drive❗ #AllAboutTheDrive #ToyotaMY,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? (@nabila.razali)

Melihat di ruang komen, rata-rata peminat turut memberikan komen yang pelbagai terhadap perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu.

Foto: Instagram Nabila Razali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here