Akui berasa bosan duduk di rumah ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima memberitahu mahu mogok untuk makan dan mengamalkan diet permakanan yang lebih sihat.

Erma memaklumkan amalan diet tersebut ingin dilakukan agar dapat mengurangkan berat badan dirinya sepanjang perlaksanaan PKPD yang telah berkuatkuasa di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seluruh negeri Selangor kecuali daerah Sabak Bernam bermula 3 Julai lalu.

Malah, Erma juga berharap amalan diet tersebut bakal membuahkan hasil buat dirinya meski terpaksa menjalani perintah yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dari menganga duduk rumah dan tk mendatangkan hasil PKPD ni maka aku akn mogok makan! Setidak tidaknya aku akn dpt hasil kurus. Hati tak sakit kena kurung! Ok Bye! Aku nak diet!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Foto: Instagram Erma Fatima

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here