Menerusi satu rakaman video promo yang dimuat naik menerusi akaun rasmi TV3 di Instagram, penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice bakal muncul sebagai penyiasat jemputan program I Can See Your Voice Malaysia musim keempat (ICSYVM4), pada Ahad ini.

Bagaimanapun, kemunculan figura berusia 32 tahun ini telah mendapat komen negatif daripada netizen.

Ini kerana, nama penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini masih hangat diperkatakan oleh netizen sehingga tular di laman media ekoran isu konflik yang membabitkan dirinya dengan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang tidak mahu menonton rancangan hiburan tersebut gara-gara Caprice bakal muncul dalam episod yang dijangka bakal pada Ahad depan.

Sekadar informasi, rancangan ICSYVM4 yang dihoskan oleh Shuk Shar dan Sean Lee bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3.

ICSYVM4 merupakan sebuah program hiburan yang diadaptasi daripada rancangan hiburan dari Korea Selatan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Foto: Instagram Ebit Lew, Caprice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here