Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada memberi kata nasihat kepada orang ramai terutama golongan anak muda untuk tidak menunjukkan kemewahan buat tontonan umum di laman media sosial. 

Kongsi Michael menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram, golongan tersebut kini dilihat sering melakukan tindakan sedemikian saban hari. 

Selain itu, Michael berpendapat tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan semata-mata untuk meraih perhatian daripada wargamaya. 

Dalam pada itu, Michael mengalakan kepada golongan anak muda untuk merancang serta mengawal perbelajaan wang ringgit daripada awal atau ketika di usia muda supaya masa hadapan lebih terjamin. 

“Nasihat kepada anak-anak muda Malaysia! Pls plan for your life. before 28 tahun mesti ada rumah tak kisah lah kalau flat aje pun (aku pun duduk flat aje), 

“Sedikit wang savings and self transport (kereta or moto ok aje) berhutang tu make sure boleh bayar balik monthly. 

“Kalau yang baca ni dah lebih 28 tahun and tak ada seperti di atas, baik kau pikirkan hidup you all and do something about it. Tak payah la habiskan duit beli benda untuk tunjuk kat orang yang kau ada kelas dan mampu! Setuju ke tak?” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Foto: Instagram Michael Ang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here