Tidak dinafikan, situasi pandemik Covid-19 telah memberikan kesan kepada orang ramai termasuk golongan yang berkerja di sektor kreatif dan hiburan tanah air.

Pelakon dan pengacara Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil misalnya, menasihati kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sebagai seorang selebriti, Abil berpendapat dengan berkongsi rezeki antara satu sama lain mampu mengurangkan beban yang dihadapi oleh orang ramai.

“If you wanna look good on screen, nak nampak presentable, you need to spend..Tak salah untuk kite kongsikan rezeki kite pada teman-teman yang terkesan jugak during this pandemic.

“Jangan berkira. Dalam masa yang sama, kite jugak puas hati dengan hasil tu nanti. Saya bukan celebrity yang pandai make up sendiri.

:Saya sentiasa perlukan mereka yang pakar untuk siapkan look yang di perlukan untuk watak seorang pengacara. Ini pun dipanggil EFFORT #sharingiscaring #shotbybibo,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji perkongsian pengacara berusia 37 tahun ini.

Foto: Instagram Nabila Huda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here