Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Rita Rudaini yang sering menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, Rita telah menerima kecaman dan kritikan daripada netizen selepas menyuarakan pendapatnya terhadap pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan warga emas.

Menerusi perkongsian terkini di akaun Instagram miliknya, bintang berusia 47 tahun ini memaklumkan dirinya tidak berasa gentar atau takut dengan kecaman yang diterimanya.

Bukan itu sahaja, Rita juga memberitahu dia tidak berasa bimbang sekiranya tidak lagi mendapat tawaran lakonan atas tindakannya itu.

“I dun care Hak masing2 ….kecaman,kena sekat job? Jgn takut…ALLAH tu kan lg berkuasa dr kita…DIA akn hadirkn rezeki dr mana yg DIA kehendaki…moga ALLAH lindungi kita semua…AAAMINN,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menasihati kepada pelakon berusia 47 tahun ini mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap perkongsian di laman media sosial.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here