Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar menasihati kepada orang ramai untuk bersikap lebih peka dan menjaga sensitiviti terhadap mangsa banjir yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu. 

Kongsi Linda menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya mengharapkan orang ramai tidak memuat naik gambar seperti makanan dan percutian di laman media sosial buat masa ini. 

Selain itu, Linda memberitahu tindakan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan kerana kini ramai yang sedang berhadapan dengan situasi kritikal akibat berlakunya bencana tersebut.

 

“Pls Jgn la post pictures makanan or holiday dulu time rakyat tersiksa dgn keadaan banjir..

“tak tolong takpe tapi tak perlu la nk tunjuk dim social media DIm keadaan tgh kritikal !!!

“Tlg la jaga hati ramai pihak yg × makan n terkesan,” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LR (@lindarafar)

Foto: Instagram Linda Rafar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here