Pelakon, Ezzaty Abdullah memaklumkan dirinya kini telah tamat menjalani 44 hari tempoh berpantang selepas bersalin cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu. 

Kongsi isteri kepada pelakon Azwan Kombos menerusi entri di akaun Instagram, Ezzaty memberitahu dia berasa gembira dan seronok sepanjang menjalani tempoh berpantang tersebut. 

Difahamkan, Ezzaty mendapatkan bantuan khidmat penjagaan khas sepanjang tempoh berpantang berkenaan. 

Tambahnya lagi, dia telah mendapat layanan istimewa seperti seorang puteri dari mula sehingga tamat berpantang.  

“Alaaaaa dah habis 44 hari berpantang dgn @anggun.confinementcare  Happy sgt Kak Sami jaga sampai tak perasan dah 44 hari. 

“Kak Sami jaga saya macam princess. Hari2 dpt sauna, massage, hidang makanan sedap2 n cantik2 n mcm2 la. 

“Pastu bila saya sakit, Kak Sami urut n sentiasa ade tolong saya. Hanya Allah je dpt balas jasa dia. Tq so much @anggun.confinementcare,” tulisnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah)

Terdahulu Ezzaty baru sahaja menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Ahmet pada tanggal 11 Februari lalu.

Sekadar informasi, Azwan dan Ezzaty telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 16 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.

Foto: Instagram Ezzaty Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here