Pelakon, Amar Baharin meluahkan rasa syukur apabila berpeluanh untuk menjadi imam di sepuluh malam terakhir bulan Ramadan bersama isterinya, Amyra Rosli.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amar menitipkan ucapan terima kasih kepada isterinya.

Selain itu, pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan ini berasa sedih kerana Ramadan tahun ini bakal berakhir, hari ini.

“terima kasih jadi makmum saya di 10 mlm terakhir… tanpa awak tiada jemaah utk saya

“Semoga Allah menerima ibadah dan doa kita semua sepanjang Ramadan ini dan Allah temukan kita di Ramadan tahun depan amin amin amin Ya Rabbal Alamin

“Selamat tinggal Ramadan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Amar dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3 tahun dan Ayra Arysaa, setahun.

Foto: Instagram Amar Baharin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here