Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa meminta doa daripada ibu bapa supaya dijadikan sebagai amalan hidup.

Jelasnya, doa daripada ibu bapa adalah sangat penting dan merupakan kunci rezeki kepada semua orang.

Dalam pada itu, Mila atau nama lengkapnya Nursyarmilla Jirin turut mendedahkan cerita seorang gadis yang telah mengamalkan amalan tersebut.

Selain itu, Mila yang merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) meyifatkan doa daripada ibu bapa mudah dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.

“Allah akan sentiasa cukupkan rezeki kita Insya Allah… Double tap jika anda setuju,

“Rutin bulanan, Alhamdulillah dari berusia 19tahun dapat galas tanggungjawap ni hingga now dah 3 serries,

“Antara habit, suka selitkan “DOAKAN KAMI” dalam recipient refference – Doa ibu bapa tiada hijabnya. Tepat pada masanya Allah akan kabulkan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Foto: Instagram Mila Jirin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here