Tahniah diucapkan kepada pelakon Vanidah Imran kini telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Seni Persembahan (Drama), Universiti Malaya, pada Ahad. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Vanidah telah berkongsi khabar gembira itu dengan memuat naik beberapa rakaman video momen kejayaannya sewaktu menerima skrol ijazah Sarjana tersebut pada Istiadat Konvokesyen Ke-61, Universiti Malaya (UM).

Akui Vanidah, dirinya berasa seperti tidak percaya apabila impiannya untuk menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan berkenaan dengan berjaya kini tercapai. 

“Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan tahniah. Akhirnya sampai jua impian yang dimanifestasi sekian lama. 

“Terasa bagaikan mimpi. Segala penat lelah, perit getir menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan,” tulisnya. 

Serentak dengan itu, Vanidah menzahirkan rasa syukur dan menitipkan ucapan pemangkin semangat buat dua permata hatinya supaya menjadi insan yang berjaya.  

“Syukur Alhamdullilah. T.kasih my children rakamkan detik2 indah ini untuk Ibu.

“Semoga menjadi pembakar semangat mu di masa akan datang. InshaAllah. 

“Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada semua urusetia konvokesyen @unimalaya yang banyak membantu,” tulisnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Vee (@vanidah_imran)

Difahamkan, Vanidah merupakan seorang pensyarah separuh masa di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ketika sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana tersebut. 

Foto: Instagram Vanidah Imran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here