Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya memaklumkan dirinya telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, pada Khamis.

Dalam pada itu, Fedtri turut berkongsi cerita masalah yang dialami ketika menerima dos kedua suntikan vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut hos rancangan Malaysia Hari Ini, dia terpaksa menunggu selama hampir 4 jam sehingga kesemua proses penerimaan vaksin tersebut selesai.

Difahamkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menguruskan PPV berkenaan dah telah diambil alih oleh pihak swasta untuk mengendalikannya.

“Alhamdulillah lengkap sudah dua dos pelalian #covid19

“- Nota/ coretan: Menunggu hampir 4 jam juga untuk selesai kesemua proses. Tiada masalah, cuma difahamkan sejak beberapa hari lalu KKM tidak lagi menguruskan kawasan ini.

“Telah diserahkan kepada pihak swasta untuk mengendalikannya.

“Teratur cuma kekurangan petugas saya kira… Semoga semuanya bersabar ya,” tulisnya menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Foto: Instagram Fedtri Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here