Tahniah diucapkan kepada pelakon, Datin Almy Nadia yang telah selamat melahirkan cahaya mata keempat pada jam 3.49 pagi Rabu. 

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh suaminya, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya. 

Almy atau nama lengkapnya, Almy Nadia Aminuddin Shah telah selamat bersalin di Hospital Columbia Asia, Setapak, Kuala Lumpur. 

Di samping itu, Fizz meluahkan rasa syukur kerana segala urusan bersalin  dipermudahkan dan menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan buat isterinya. 

“Alhamdulilahhhh… isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi.. terima kasih kepada semua yg mendoakan .. amin… 4-0 keputusan sekarang.. hehe @almynadiaofficial,” tulisnya. 

Sekadar informasi, Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014. 

Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here