Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Zulin Aziz ada memberikan pendapat berhubung isu saman bernilai RM200,000 yang dituntut oleh penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana terhadap lima individu yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.

Bagaimanapun, tindakan penyanyi berusia 31 tahun itu telah mendapat kritikan dan kecaman daripada warganet gara-gara komen yang ditinggalkan pada entri yang di muat naik oleh Nana di Instagram.

Lalu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz telah tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pada masa sama, Zulin turut berkongsi beberapa keping foto perbualan bersama Nana menerusi ‘direct message’ di platform media sosial tersebut.

“Terima kasih yang menfitnah saya.Terima kasih manipulate ayat saya.Terima kasih semua yang hina saya.

“Orang yang NEGATIVE,akan sentiasa nampak benda NEGATIVE .DIA TAK NAK FAHAM,DIA CUMA NAK HENTAM.

“Percayalah..akan ada lagi manusia yg tetap dengan cara dia,pemahaman dia walaupun tuan badan pun faham Apa aku ckp.

“Tak marah pun kalau tak setuju, tp janganlah fitnah. Janganlah ckp benda yg tak dicakap.

“Aku hbs kat sini.Siapa NEGATIVE,aku BLOCK Siapa TAK SUKA,SILA UNFOLLOW Jaga diri,Terima kasih,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Sebelum ini, Nana telah membuat laporan polis susulan sesi Instagram Live (IG Live) oleh lima individu yang didakwa bercakap serta mengeluarkan kenyataan kurang menyenangkan mengenai dirinya baru-baru ini.

Lalu, Nana telah menuntut wang bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang serta membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kepada lima individu terbabit.

Foto: Instagram Zulin Aziz, Siti Nordiana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here