Pelakon dan penyanyi, Elyana ada meluahkan perasaan setelah sudah 10 tahun menjalani kehidupan sebagai seorang penghidap penyakit kanser.

Kongsi Elyana menerusi entri di akaun Instagram miliknya, ada segelintir individu yang telah memberikan komen negatif terhadap penyakit yang dialaminya itu. 

Menurut penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini, sudah pelbagai rawatan yang dilakukan dalam usaha untuk merawat penyakit tersebut. 

“Kalau boleh memang saya nak makan Healty Food,Fresh,Real Food,sayur,buah,No sugar,exercise,makan suppliment itu dan ini.. 

“Saya dah sakit 10 tahun.Lebih 20x chemo..lebih 30x radiotherapy. Apa yang saya tak pernah lakukan?Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Berubat semua ceruk saya pergi.

“Tapi..jika kamu jadi saya,baru kamu tahu apa alasan saya.Beza kalau kita ni pernah jaga orang yang sakit dengan kita yang sedang mengalami dan berperang dengan sakit.Lain….

“Jika anda ingin membantu,bantu dari segi perbuatan..Bukan comment dan complain. Rosak jiwa saya,” tulisnya. 

Selain itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu bukan satu perkara yang mudah sebagai seorang penghidap penyakit kanser untuk menguruskan keluarga mahupun dirinya sendiri. 

“Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya. Malah saya yang harus menjaga orang lain.Saya tak complain just nak bagitau. Saya bukan ada Superpower. Saya pun manusia biasa. Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.

“Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. nak minum..muntah..nak bercakap…tumpah darah bertahun2.. nak duduk..nak berjalan.. nak jaga keluarga,nak cari duit..nak berfikir.. tak boleh tidur..nak selalu tersenyum depan anda..Berat…terlalu berat

“Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu sendiri tidak pernah merasai sendiri,” tulisnya lagi. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Sekadar informasi, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal merupakan seorang penghidap penyakit kanser limfoma tahap empat sejak tahun 2011 yang lalu.

Foto: Instagram Elyana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here