Pelakon, Izreen Azminda ada memuat naik beberapa keping foto ketika sedang menjalani satu sesi penggambaran di laman media sosial Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu. 

Izreen dan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dilihat telah menjalani sesi penggambaran tersebut bersama anak mereka. 

Mencuri perhatian, apabila dua anak tiri Izreen turut serta menjalani sesi penggambaran bersama lalu pelakon berusia 36 tahun ini menerima kritikan netizen. 

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata ini enggan memberi komen berhubung perihal rumah tangganya kepada umum. 

“In the making.. begitchew Dah la ampa oii kami mmg tak baca panjang2 gini apa pun selamat berpuasa.

“tak mau dah komen2 bab umah tangga org ni.. sat g jd dosaaaaaaa..,” tulisnya. 

Imbas kembali, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Adrian Umar, 5 tahun.

Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai sekitar tahun 2014. 

Selepas itu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama suaminya Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 2 dan Ali Idrees, 5 bulan. 

Foto: Instagram Izreen Azminda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here