Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid meluahkan rasa sedih apabila mengimbau kembali nasib dirinya yang tidak pernah berpeluang untuk mendapatkan kasih sayang daripada arwah bapanya, Wan Abdul Rashid.

Meski sudah mendirikan rumah tangga, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri juga tidak berpeluang untuk merasai kasih sayang daripada bapa mentuanya yang telah pergi buat selamanya di awal perkenalan bersama suaminya, Raf Yaakob.

“Dari dulu selalu duk berangan, nak dapat kasih sayang seorang ayah dari bapa mertua..
Tapi Allah S.W.T tak izinkan. Mawar kenal abang time tu arwah bapa dah takde..

“Mawar dari kecik dah takde ayah. Mummy Mawar lah ayah, mummy lah ibu..

“Sbb tu mummy Mawar garang naw2. Teringin jugak nk rasa mcm mana dapat kasih syg dari seorang ayah..

“tapi skrg Mawar doa & usaha agar Mawar dapat masuk Syurga.. sebab Mawar nak jumpa arwah papa Mawar, and arwah ayah mertua Mawar, bapak,” tulisnya.

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran bapa mentuanya, ibu kepada dua orang cahaya mata ini ada menitipkan ucapan dan meluahkan rasa meski tidak pernah bertemu sebelum ini.

“Today hari jadi bapak.. happy birthday bapak.. bapak tak sempat tgk Rafael & Cinta..

“kalau bapak ade, mesti bapak manjekan dua si radens ni.. i don’t why i feel like i miss you so much. Al-Fatihah

“Btw, baby tu muka sbijik Cinta version boboy kan baby tu @rafyaakob masa kecik,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 6 bulan.

Foto: Instagram Mawar Rashid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here