Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia telah menghadapi situasi getir apabila semakin ramai telah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan bagi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Lalu, pelakon Catriona Ross menasihati kepada orang ramai untuk sentiasa bersikap peka dengan keadaan sekeliling seperti mengambil berat masalah yang dihadapi oleh jiran sekeliling.

“Its July already ! Separuh dari 2021 dah berlalu. I hope we wil stay strong together in this fight. Keadaan kita hari ni mengajar kita untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.

“Kalau sebelum ni tak kenal jiran, sekarang ketuk pintu jiran, tanya khabar. Pandang sekeliling, be alert towards someone who looks like they might need help, emotionally or financially,” tulisnya.

Selain itu, pelakon berusia 41 tahun ini juga mengharapkan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan serta bantuan sekiranya berkemampuan.

“Tak usah kita berkira-kira jika mampu. Lets help & helping comes dalam begitu banyak cara. If you know a business thats thriving, support them or share about them.

“Ramai yang terkesan kan? Terlalu ramai juga yang hilang sumber pendapatan so be kind towards one another. To care is easy, just ask. Bertanya khabar & dont presume,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Foto: Instagram Catriona Ross

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here