Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bermula hari ini sehingga pertengahan Julai.

Ini kerana, fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan, sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.

Bukan sahaja menimbulkan rasa kesedihan di kalangan orang ramai, malah golongan selebriti juga turut merasai perkara yang sama.

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin misalnya menasihati kepada orang ramai untuk teruskan berdoa dan sentiasa bersabar dengan ujian ini.

Malah, penyanyi berusia 47 tahun ini yakin dam menganggap perkara ini ada hikmah yang baik disebaliknya.

“Sambung PKP Ianya bukan pilihan kita. Kita semuaaa sedang diuji. Jangan putus harapan,

“Teruskan berdoa & bersabar….dan bersabar.In Shaa Allah, semuanya akn berakhir & yakin ada hikmahnya,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here