Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti sensasi tanah air, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan sapaan Diva AA yang sering menjadi perhatian netizen.

Baru-baru ini, Diva AA ada berkongsi satu rakaman video bersama pengikut di laman media sosial Twitter miliknya.

Menerusi rakaman video yang berdurasi 64 saat, selebriti 55 tahun itu telah memperlihatkan peti ais miliknya yang terisi penuh dengan pelbagai makanan dan minuman ringgan pelbagai jenama.

“See my level world class only you all, macam-macam ada semua jajan, minuman, buah-buahan dan siap ada lagi dengan ais krim bagai dalam peti ais di bilik utama new vazz kondo astana azwana worth 1 million facing KLCC, kau mampu? Kalah Mandarin Oriental Hotel,” katanya.

Dalam pada itu, Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali berkata dia tidak mengharapkan sumbangan dan bantuan daripada orang lain demi kelangsungan hidup meski kini negara sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Yang penting Diva AA tetap kaya raya duit berkepuk-kepuk, tak hadap ehsan any bangs*t dan yang penting tak payah nak mengelupur tayang itu ini dekat media sosial padahal hampeh,

“Atau mengelupur makan maggi masa lockdown, dislike dislike dislike. So get the message right, kau mampu?,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here