Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang meluahkan rasa kegembiraan setelah menerima hadiah berupa sebentuk cincin berjenama antarabangsa daripada seorang teman rapatnya. 

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman media sosial Instagram, Michael bagaimanapun tidak mendedahkan nama si pemberi hadiah tersebut sekaligus menjadi tanda tanya kepada para peminat. 

Di samping menzahirkan rasa penghargaan, Michael turut menitipkan ucapan terima kasih kepada individu terbabit kerana telah sentiasa berada disisinya, sebelum ini. 

“Hey, I wanna say thank you. Thank you for being my side when no one else was. 

“You are reason why I am alive right now And I appreciate you so much! To the question I have no answer yet!,” tulisnya dalam bahasa Inggeris. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Rata-rata peminat juga berasa amat teruja setelah melihat perkongsian penerbit berusia 45 tahun itu lalu meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen entri berkenaan. 

“Congrats mike n pasangan,” titip peminat. 

“Makan Nasi Minyak jgn lupa invite org Setiawangsa pls Gambar 

Gambar,” tulis lagi seorang peminat yang lain. 

“Hamboi cartier gitew! Ho hado,” tulis seorang wargamaya. 

Foto: instagram Michael Ang 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here