Baru-baru ini, ada seorang individu yang dikenali sebagai Izzlara Mungawan ada memberikan komen terhadap kisah penghijrahan selebriti terkenal, Mizz Nina yang boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada orang ramai.

Di samping meluahkan rasa kagum dengan penghijrahan Mizz Nina, individu berkenaan meluahkan rasa kagum kerana kisah penghijrahan isteri kepada Noh Sallleh ini tidak pernah terpalit dengan kontroversi.

 

“Saya adore Mizz Nina dalam penghijrahan nya. She turned over a new live. Anak kpd salah seorang taikun Malaysia, kalau nak diikutkan segala macam jenis kontroversi dia boleh bikin. Namun saya tidak pernah mendengar apapun khabar angin panas sewaktu penghijrahan beliau. Syabas Nina!

“Sometimes its best to be more ‘expensive’ rather than being ‘cheap’ Nak hijrah itu sgt sgt dituntut namun usahlah kerana hijrah kita itu, membuka sejuta pintu fitnah. Seharusnya kita membendung diri dan orang lain daripada fitnah.

“Nina berkahwin dgn Noh, bukan dikalangan ‘alim ulama’ yg 24 jam kata kata nya penuh dgn hadith dan al quran, namun Noh menjaga dan mendidik Nina menjadi seorang isteri yg jauh solehah nya. She has everything but she never missused it to the wrong path.

“Dakwahnya menjadi ikutan Dakwahnya ada kelas Dakwahnya mengajak dan buat orang merasa terpanggil Dakwahnya berkualiti walaupun hujahnya bukan disulami bahasa al quran dan hadith

“Tak perlu buat kontroversi murahan, cheap publicity and so on. Allahurobbi.Buat kesekian kalinya, satu demi satu Allah buka keaiban hambaNya yang melampaui batas. Secara sengaja mahupun tidak,keaiban itu dibuka sendiri tanpa paksa.Allah…

“Kurniakanlah dia hidayah, bagaimana sewajarnya tindakan seorang yg berpengaruh dan menutup rapat auratnya. Bukan sebaliknya Kau membuka keaibannya di saat dia sendiri tanpa sedar membuka aibnya.HasbunAllah wanikmal wakeel

“Semoga Allah berikan kita semua hidayah dan tahu bertindak mengikut iman bukan nafsu .Malam I.M,” tulisnya menerusi hantaran di laman media sosial Facebook.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat juga meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian individu tersebut.

Sekadar informasi, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman telah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas pulang menunaikan haji pada Oktober 2013.

Foto: Instagram Mizz Nina

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here