Pelakon, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar ada berkongsi cerita mengenai perihal anak perempuannya bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Meski belum dewasa dan masih berusia kanak-kanak, Que memberitahu anaknya kini sudah mula menceburi dunia perniagaan secara kecil-kecilan menjual aksesori anting-anting.

Lalu, pelakon berusia 42 tahun ini meluahkan rasa bangga dengan usaha dan semangat anak perempuannya itu.

Dalam pada itu, Que turut mendedahkan dirinya juga pernah melakukan kerja sambilan sewaktu dirinya masih kecil jika menginginkan sesuatu benda.

Jelasnya, sebagai seorang anak dia belajar untuk berdikari dan tidak gemar untuk meminta daripada ibu bapanya.

“So Proud, Ratu isi masa lapang.. handmade earing gift box  saya bangga dan suka usaha Ratu, mengingatkan saya waktu kecil saya..

“kalau saya inginkan sesuatu saya buat kerja sambilan.. tidak suka meminta dari IbuBapa saya.. di situ juga saya belajar berdikari.. Alhamdulillah,” tulisnya.

Untuk rekod, Que telah mendirikan rumah tangga bersama guru tari Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 11 tahun dan Tengku Cleopatra, 9 tahun.

Foto: Instagram Que Haidar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here