Setelah genap sebulan mengalami patah tulang, anak kepada pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana telah memaklumkan kondisi dirinya kini sudah semakin bertambah baik dan beransur pulih. 

Lara yang telah mengalami patah dua tulang tangan kirinya berkongsi perkembangan terkini dirinya itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram kanak-kanak berkenaan.

Kongsinya lagi, setelah menjalani pemeriksaan lanjut, doktor memberitahu tulang baru di tangan kirinya kini sudah mula tumbuh dan bakal bercantum semula seperti sedia kala. 

‘Selepas 30 hari… tulang Lara bergerak tapi tulang baru dah tumbuh dan mula nak bercantum. 

“Doctor kata still acceptable sebab tulang kanak kanak akan bersambung dan lurus balik dalam beberapa tahun.. 

“nasib baik doctor kata ok.. kalau tak, kena operate letak wire!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lara Alana Ahmad (@laraalanaa)

Imbas kembali, anak kepada selebriti popular itu ditimpa nasib malang selepas jatuh tersungkur ketika sedang bermain di kawasan kediamannya, sekitar Februari lalu. 

Ekoran insiden yang berlaku, Lara mengalami patah dua tulang tangan kirinya dan telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. 

Foto: Instagram Lara Alana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here