Baru-baru ini, pelakon Datuk Fizz Fairuz kini dilihat bergiat aktif dalam dunia lakonan dan sibuk menjalani pengambaran kesinambungan filem Mat Tudung yang dijalankan di sekitar bandar Mutiara Damansara. 

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin telah berkongsi perkembangan terkini karier seninya itu menerusi beberapa entri yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram miliknya. 

Malah, turut kelihatan keberadaan isteri kepada aktor filem berkenaan iaitu Datin Almy Nadia di lokasi penggambaran sekaligus mencuri perhatian ramai.

“Bila laki bini on set!!!! 2nd day shooting in progress (mattudungbegin),” tulisnya menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya. 

Bukan itu sahaja, penampilan terkini Almy juga turut menjadi tanda tanya para peminat. 

Sekadar informasi, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 April 2014. 

Pasangan ini turut dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan Nur Afrina Aisyah yang baru sahaja dilahirkan pada Disember lalu.  

Di samping itu, mereka juga turut memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Foto: Instagram Fizz Fairuz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here